Pusat Bantuan & Soalan Lazim (FAQ) Pengajar iTEL5.0

Klik pada soalan di bawah untuk melihat jawapan.

1. Log Masuk & Papan Pemuka

1. Di manakah saya boleh log masuk (login) ke sistem iTEL?

Anda boleh melayari pautan rasmi e-pembelajaran UMS di itel.ums.edu.my. Klik pada butang "Log Masuk" (Login) yang terletak di penjuru kanan atas halaman utama sistem.

2. Halaman log masuk nampak berbeza. Adakah ini pautan yang betul?

Ya, sistem e-pembelajaran kita telah berwajah baharu. Anda boleh log masuk seperti biasa menggunakan ID dan kata laluan (Active Directory) anda.

3. Apakah ID dan kata laluan yang perlu saya gunakan untuk log masuk?

Sistem iTEL disepadukan sepenuhnya dengan Active Directory UMS. Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang sama seperti akaun Microsoft (emel rasmi UMS) anda.

4. Saya pensyarah / pengajar kali pertama, bagaimana cara mengaktifkan akaun iTEL?

Pengaktifan adalah sangat mudah. Pengguna kali pertama hanya perlu melayari laman web iTEL dan membuat log masuk buat kali pertama menggunakan ID Microsoft UMS anda. Capaian ke sistem iTEL anda akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja log masuk pertama berjaya.

5. Saya pasti ID Microsoft saya betul, tetapi saya masih gagal log masuk. Apa perlu saya buat?

Sila pastikan anda menaip kata laluan dengan betul dan mencuba di pelayar web Incognito. Jika masih gagal, sila majukan aduan anda segera ke Helpdesk Jabatan Digital UMS di talian 088329000 / 088329202.

6. Saya pensyarah baharu, bagaimana saya nak dapatkan akaun?

Akaun anda didaftarkan secara automatik oleh sistem sebaik sahaja anda mempunyai emel rasmi universiti. Anda hanya perlu log masuk buat kali pertama untuk mengaktifkan capaian profil anda di iTEL.

2. Navigasi Antaramuka & Dashboard

1. Kenapa menu kiri (Sidebar) saya kadangkala hilang?

Panel kiri direka untuk disembunyikan bagi memberi lebih ruang pada skrin. Anda boleh klik ikon tiga garisan di sudut kiri atas untuk membuka atau menyembunyikan menu tersebut.

2. Apakah fungsi butang "Focus Mode" (Mod Fokus)?

Ini adalah ciri khas antaramuka baharu. Jika anda menekan ikon "Focus Mode" (anak panah melebar di penjuru skrin), sistem akan menyembunyikan semua menu tepi supaya anda boleh fokus membaca nota tanpa gangguan visual.

3. Bolehkah saya menukar sistem kepada paparan gelap (Dark Mode)?

Ya. Anda boleh klik pada ikon profil anda di penjuru kanan atas atau pada menu navigasi untuk mengaktifkan suis Dark Mode mengikut keselesaan mata anda.

4. Di mana saya boleh melihat senarai kursus untuk semester ini?

Selepas log masuk, anda akan dibawa terus ke Papan Pemuka (Dashboard). Kursus anda akan dipaparkan dalam bentuk "Kad Kursus" (Course Cards) yang diajar pada semester semasa.

5. Bagaimana saya mahu memantau sama ada pentaksiran yang saya buat mematuhi KPI Pembelajaran Teradun universiti?

Lihat pada blok My Blended Learning Status di Papan Pemuka anda. Ia memaparkan status Pencapaian BL semasa anda secara langsung.

6. Bagaimana nak cari dengan pantas tugasan mana yang masih belum saya tanda?

Di Papan Pemuka utama anda, lihat pada blok Needs Grading. Blok pintar ini akan menyenaraikan semua tugasan pelajar yang telah dihantar tetapi masih menunggu semakan dan pemarkahan daripada anda. Klik pada pautan tersebut untuk terus mula menanda.

3. Pemindahan Bahan dari Arkib

1. Adakah semua data dipindahkan secara automatik ke sistem baharu?

Tiada data dipindahkan secara automatik. Sistem baharu adalah fresh upgrade aplikasi Moodle ke Versi 5.0.3 tanpa pemindahan data pukal.

2. Adakah markah dan tugasan pelajar dari semester lepas akan ikut tersalin?

Tidak. Fungsi Backup standard tanpa memori pengguna hanya menyalin struktur kursus, nota, dan bank soalan. Data peribadi pelajar dan rekod penyerahan kekal di Server Arkib.

4. Pembinaan Kandungan Interaktif (H5P)

1. Apakah itu H5P dan di mana saya boleh menemuinya dalam iTEL 5.0?

H5P ialah alat untuk membina kandungan pembelajaran interaktif (seperti video interaktif, flashcard, atau pembentangan). Anda boleh membina fail H5P baharu melalui Content Bank (Bank Kandungan) yang boleh diakses melalui menu sisi (drawer) atau tab navigasi utama kursus anda.

2. Bagaimana cara untuk memasukkan H5P ke dalam kursus?

Hidupkan suis Edit Mode (kanan atas) > Klik Add an activity or resource > Pilih H5P > Klik ikon fail untuk menarik bahan yang telah anda bina di dalam Content Bank tadi.

3. Bolehkah markah kuiz H5P dimasukkan terus ke dalam Buku Gred (Gradebook)?

Ya! Pastikan anda memasukkan H5P menggunakan modul H5P Activity (ikon biru). Apabila pelajar menjawab kuiz interaktif tersebut, sistem akan merekodkan markah mereka secara automatik ke dalam Gradebook. (Nota: Elakkan sekadar "embed" H5P di dalam aktiviti Label atau Page jika anda mahukan markah direkodkan).

4. Bolehkah saya memindahkan modul H5P lama saya dari pelayan arkib (4.0.3) ke iTEL 5.0?

Sudah tentu. Anda hanya perlu memuat turun fail berformat .h5p dari server lama dan memuat naiknya semula ke Content Bank iTEL 5.0.

5. Tugasan, Kuiz & Notifikasi

1. Bagaimana saya boleh membuat semakan timeline dan Gred bagi Tugasan atau Kuiz baharu?

Semua tarikh akhir (due date) akan muncul di kalendar "Timeline" atau "Upcoming Events" di Papan Pemuka. Anda juga akan menerima makluman melalui ikon loceng (Notifikasi) di atas skrin.

2. Pelajar selalu beralasan terlepas pandang tugasan. Adakah notifikasi sistem ini jelas?

Papan Pemuka (Dashboard) untuk pelajar dilengkapi dengan blok Timeline (Garis Masa). Sebaik sahaja anda menetapkan Due Date pada sesebuah tugasan atau kuiz, ia akan muncul secara automatik di Timeline dan menghantar peringatan (notifikasi) kepada pelajar.

3. Mengapa saya tidak jumpa Plugin Chat dan Questionnaire seperti versi sebelum ini?

Plugin tersebut telah digugurkan untuk penjimatan sumber pelayan. Sebagai alternatif pantas, gunakan aktiviti Feedback untuk melakukan sebarang kaji selidik/soal selidik pelajar, dan gunakan ikon Messaging (Perbualan) di atas kanan skrin untuk ruang sembang.

4. Bagaimana saya mahu melanjutkan masa (extend) kuiz/tugasan untuk pelajar tertentu?

Buka tugasan/kuiz tersebut > Klik menu More di tab atas > Pilih User overrides. Di sini, anda boleh memilih nama pelajar spesifik dan menetapkan tarikh akhir (deadline) yang baharu hanya untuk pelajar tersebut tanpa menjejaskan tarikh pelajar lain.

6. Forum, Mesej & Emel

1. Adakah saya akan dapat notifikasi jika ada yang membalas mesej Forum pelajar?

Ya. Jika anda membalas forum tersebut, anda akan menerima notifikasi sistem dan emel setiap kali ada perbincangan baharu.

2. Bagaimana cara untuk menghantar mesej terus (DM) kepada pelajar?

Klik pada ikon Perbualan (Chat) di penjuru kanan atas skrin. Cari nama pelajar melalui ruangan carian, dan taip mesej anda. Ia berfungsi pantas seperti aplikasi mesej biasa.

3. Bolehkah saya mematikan notifikasi emel supaya peti masuk tidak penuh?

Boleh. Klik ikon profil anda (kanan atas) > Preferences > Notification preferences. Anda boleh mematikan fungsi "Email" dan memilih untuk melihat notis-notis tersebut di paparan "Web" sahaja.

4. Bagaimana cara paling pantas untuk membuat pengumuman penting kepada seluruh kelas?

Gunakan aktiviti Announcements Forum yang sedia ada di bahagian paling atas kursus anda. Setiap pengumuman yang dihantar ke dalam forum ini menggunakan sistem "langganan paksa" (forced subscription), bermakna e-mel akan dihantar secara automatik kepada setiap pelajar yang mendaftar kursus tersebut.

7. Pengurusan & Sekatan Pelajar

1. Seorang pelajar salah daftar kursus saya. Boleh saya buang (Unenrol) beliau?

Boleh. Pergi ke tab Participants, cari nama pelajar, dan klik ikon 'Tong Sampah' di hujung namanya. (AMARAN: Membuang pelajar akan memadamkan secara kekal semua data gred, rekod kehadiran, dan tugasan mereka dalam kursus anda).

2. Bolehkah saya menyekat akses pelajar tanpa memadam data mereka?
Sangat digalakkan. Langkah-langkahnya:
  1. Pergi ke tab Participants.
  2. Pada lajur Status, klik pada ikon gear/pensel (Edit enrolment) bersebelahan status "Active" pelajar.
  3. Tukar status daripada Active kepada Suspended / Unenrol.
  4. Klik ikon 'Simpan' (Save changes).
3. Bagaimana cara paling mudah mendaftar masuk pelajar ke kursus saya?

Gunakan kaedah Self-Enrolment. Pergi ke tab Participants > Enrolment methods > Self enrolment. Mereka boleh mendaftar masuk secara kendiri menggunakan Enrolment Key.

8. Pentaksiran & Gred (Gradebook & Rubric)

1. Di mana saya boleh melihat keseluruhan markah kelas (Gradebook)?

Buka kursus anda dan klik pada tab "Grades" di bahagian atas. Ia akan memaparkan Grader Report yang menyenaraikan markah semua pelajar bagi setiap tugasan/kuiz.

2. Adakah sistem diintegrasi dengan sistem pemarkahan rasmi universiti?

Tidak. Pemasukan gred rasmi perlu dieksport atau dimasukkan secara manual mengikut tatacara universiti.

3. Bagaimana saya nak muat turun (eksport) markah kelas ke fail Excel?

Di halaman Grades, klik pada menu lungsur (dropdown) yang memaparkan Grader report, pilih "Export", dan klik "Excel spreadsheet". Pilih markah tugasan yang ingin dieksport dan klik butang Download.

4. Bagaimana cara menyembunyikan markah daripada pelajar sehingga selesai menanda?

Di dalam tetapan Assignment anda, aktifkan fungsi Use marking workflow. Ia membolehkan anda menetapkan status gred kepada "In marking" secara berperingkat, dan menukarnya kepada "Released" apabila anda sudah bersedia memaparkan markah tersebut kepada seluruh kelas.

5. Bagaimana cara untuk menetapkan sesuatu tugasan supaya menggunakan Rubrik?

Semasa mencipta atau menyunting tetapan tugasan (Assignment settings), skrol ke bawah sehingga bahagian Grade. Pada ruangan Grading method, tukar pilihan daripada Simple direct grading kepada Rubric, kemudian klik Save and display.

6. Bagaimana cara untuk membina jadual (kriteria dan markah) rubrik?
  1. Selepas menukar kaedah kepada Rubrik, klik butang Define new grading form from scratch.
  2. Masukkan nama rubrik (contoh: "Rubrik Pembentangan Projek").
  3. Di bahagian Rubric, klik Add criterion untuk menambah baris kriteria.
  4. Klik pada kotak-kotak kosong (Levels) untuk memasukkan huraian markah dan nilainya.
  5. Klik Save rubric and make it ready setelah selesai.
7. Semasa menanda tugasan, bagaimanakah cara memberikan markah menggunakan rubrik?

Buka tugasan tersebut dan klik butang Grade. Skrin penandaan akan memaparkan fail pelajar di sebelah kiri dan jadual rubrik di sebelah kanan. Anda hanya perlu klik pada kotak kriteria yang bersesuaian dan tekan Save changes.

8. Bolehkah gunakan semula rubrik yang sama untuk kursus lain pada masa hadapan?
Boleh.
  • Kaedah Templat: Pilih opsyen Create new grading form from a template semasa membina tugasan baharu dan cari nama rubrik lama.
  • Kaedah Pendua: Guna butang Duplicate pada tugasan lama yang sudah siap rubriknya.

9. Akses Data Semester Lepas (Server Arkib)

1. Adakah bahan kursus dari arkib (semester lepas) boleh diguna semula?
Bagi bahan dari sistem iTEL 4.0 yang berada di Server Arkib (archive.itel.ums.edu.my), gunakan kaedah Backup & Restore:
  1. Log masuk ke Server Arkib (archive.itel.ums.edu.my), buka kursus lama, dan klik Backup. Muat turun fail sandaran (.mbz) ke komputer.
  2. Log masuk ke sistem iTEL baharu (itel.ums.edu.my) dan buka kursus baharu anda.
  3. Pada menu tab di atas, klik More > Course Reuse > pilih Restore pada menu dropdown.
  4. Muat naik fail .mbz tadi (guna kaedah Drag & Drop) dan ikut arahan di skrin.

Masih tidak menemui jawapan atau mempunyai masalah teknikal?

Login Problem Contact
Helpdesk Jabatan Digital UMS

📞 / 💬 No Tel / WhatsApp:
088329000 / 088329202
✉️ helpdesk@ums.edu.my
Last modified: Sunday, 23 August 2026, 2:23 AM