Pusat Bantuan & Soalan Lazim (FAQ) Pelajar iTEL5.0
Klik pada soalan di bawah untuk melihat jawapan.
Log Masuk & Papan Pemuka
1. Di manakah saya boleh log masuk (login) ke sistem iTEL?
Anda boleh melayari pautan rasmi e-pembelajaran UMS di itel.ums.edu.my. Klik pada butang "Log Masuk" (Login) yang terletak di penjuru kanan atas halaman utama sistem.
2. Halaman log masuk nampak berbeza. Adakah ini pautan yang betul?
Ya, sistem e-pembelajaran kita telah berwajah baharu. Anda boleh log masuk seperti biasa menggunakan ID dan kata laluan (No Matrik pelaja) anda.
3. Apakah ID dan kata laluan yang perlu saya gunakan untuk log masuk?
Sistem iTEL disepadukan sepenuhnya dengan Active Directory UMS. Sila log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang sama seperti akaun Microsoft (emel rasmi UMS) anda.
4. Saya pelajar/pengguna kali pertama, bagaimana cara mengaktifkan akaun iTEL?
Pengaktifan adalah sangat mudah. Pengguna kali pertama hanya perlu melayari laman web iTEL dan membuat log masuk buat kali pertama menggunakan ID Microsoft UMS anda. Capaian ke sistem iTEL anda akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja log masuk pertama berjaya.
5. Saya pasti ID Microsoft saya betul, tetapi saya masih gagal log masuk. Apa perlu saya buat
Sila pastikan anda menaip kata laluan dengan betul dan mencuba di pelayar web Incognito. Jika masih gagal, sila majukan aduan anda segera ke Helpdesk Jabatan Digital UMS di talian berikut: No Tel / WhatsApp : 088329000 /088329202 , helpdesk@ums.edu.my
6. Di mana saya boleh melihat senarai kursus untuk semester ini?
Selepas log masuk, anda akan dibawa terus ke Papan Pemuka (Dashboard). Kursus anda akan dipaparkan dalam bentuk "Kad Kursus" (Course Cards) yang kemas beserta status kemajuan.
7. Bagaimana cara mendaftar (Self-Enroll) ke dalam kursus saya untuk semester ini?
Anda perlu mendaftar sendiri ke dalam kursus (Self-Enrollment) menggunakan langkah berikut:
1. Cari nama atau kod kursus menggunakan ruangan Carian (Search) di Papan Pemuka.
2. Klik pada tajuk kursus yang betul.
3. Anda akan melihat halaman pendaftaran. Masukkan Enrolment Key (Kunci Pendaftaran) yang diberikan oleh pensyarah anda - semak adalah default akan set semua kepada self enrollment.
4. Klik butang "Enrol me". Anda kini rasmi berada dalam kursus tersebut.
8. Apakah implikasinya jika saya tertekan butang keluarkan diri ("Unenrol me") daripada kursus?
Sangat Kritikal: Jika anda ter-unenrol daripada kursus, anda bukan sahaja kehilangan akses kepada bahan kursus, tetapi semua data gred tugasan, markah kuiz, dan rekod kehadiran anda akan hilang dari sistem pensyarah. Jika ini berlaku secara tidak sengaja, sila hubungi pensyarah anda dengan segera untuk tindakan pemulihan.
9. Bagaimana saya nak tahu jika ada tugasan yang perlu dihantar segera?
Pada Papan Pemuka, lihat bahagian "Timeline" atau "Upcoming Events" di sebelah kanan. Ia akan memaparkan senarai tugasan yang hampir tamat tempoh (due date).
Navigasi & Antaramuka
10. Kenapa menu kiri (Sidebar) saya kadangkala hilang?
Panel kiri direka untuk disembunyikan bagi memberi lebih ruang pada skrin. Anda boleh klik ikon tiga garisan (Hamburger icon) di sudut kiri atas untuk membuka atau menyembunyikan menu tersebut.
11. Apakah fungsi butang "Focus Mode" (Mod Fokus)?
Ini adalah ciri khas antaramuka baharu. Jika anda menekan ikon "Focus Mode" (anak panah melebar di penjuru skrin), sistem akan menyembunyikan semua menu tepi supaya anda boleh fokus membaca nota tanpa gangguan visual.
12. Bolehkah saya menukar sistem kepada paparan gelap (Dark Mode)?
Ya. Anda boleh klik pada ikon profil anda di penjuru kanan atas atau pada menu navigasi untuk mengaktifkan butang (suis) Dark Mode mengikut keselesaan mata anda.
Muat Turun Bahan Pembelajaran
13. Bagaimana cara untuk akses dan muat turun nota kuliah?
Klik pada "Kad Kursus" di Papan Pemuka. Scroll ke topik berkaitan, dan klik pada tajuk fail (contoh: PDF/PowerPoint) untuk melihat atau memuat turunnya ke peranti anda.
14. Bolehkah saya memuat turun banyak fail serentak?
Ya, sekiranya pensyarah memuat naik bahan dalam bentuk "Folder", anda akan melihat butang "Download Folder". Klik butang tersebut untuk memuat turun semua fail secara automatik dalam satu format ZIP.
15. Kenapa saya tidak boleh membuka fail nota yang diklik?
Ini biasanya berlaku jika peranti anda tiada perisian yang menyokong format fail tersebut (seperti Microsoft Word atau PDF Reader). Pastikan aplikasi berkaitan dipasang di peranti anda terlebih dahulu.
16. Apakah yang di maksudkan dengan Bahan "Resources"?
Bahan "Resources" ialah sumber pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam iTEL. Bahan ini boleh terdiri daripada dokumen, nota, slaid pembentangan, video, audio, imej, ataupun pautan ke lama web yang berkaitan dengan kursus.
17. Apakah jenis bahan yang boleh disediakan dalam iTEL?
iTELmenyediakan pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan oleh Pensyarah. Antaranya ialah File, Folder, PDF, Book, Page, URL, IMS, Text dan Media.
18. Bagaimanakah cara untuk mengakses bahan pembelajaran?
Untuk mengakses bahan pembelajaran, klik pada nama bahan yang dipaparkan dalam halaman kursus. Bergantung pada jenis bahan dan tetapan yang telah dibuat oleh pensyarah, bahan tersebut akan dipaparkan terus dalam iTEL atau dimuat turun ke peranti anda
19. Mengapa saya tidak dapat membuka bahan pembelajaran?
Sekiranya bahan pembelajaran tidak dapat dibuka, pastikan sambungan internet anda berada dalam keadaan baik. Selain itu, bahan tersebut mungkin belum diterbitkan oleh pensyarah, belum di kemas kini, ataupun akses kepada bahan tersebut adalah terhad kepada pengguna tertentu
20. Bolehkah saya memuat turun bahan pembelajaran?
Kebanyakan bahan pembelajaran seperti dokumen PDF, Word atau PowerPoint boleh dimuat turun untuk tujuan pembelajaran. Walau bagaimanapun, kebenaran untuk memuat turun bahan bergantung pada tetapan yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
21. Apakah perbezaan antara File dan Folder?
File digunakan untuk berkongsi satu dokemen atau satu fail kepada pelajar manakala folder digunakan untuk mengumpulkan beberapa fail dalam satu tempat supaya bahan pembelajaran lebih tersusun dan mudah diakses.
22. Apakah kegunaan Book dalam iTEL?
Book digunakan untuk menyusun kandungan pembelajaran kepada beberapa bab atau topik dalam satu sumber. Format ini memudahkan pelajar membaca nota yang panjang kerana setiap bab boleh diakses melalui menu navigasi.
23. Apakah fungsi Page dalam iTEL?
Page membolehkan pensyarah memaparkan kandungan pembelajaran secara terus di dalam iTEL tanpa perlu memuat naik fail. Kandungan yang dipaparkan boleh merangkumi teks, imej, video, pautan dan elemen multimedia yang lain.
24. Apakah fungsi URL dalam iTEL?
URL digunakan untuk menyediakan pautan ke laman web luar seperti artikel, video, jurnal atau sumber rujukan yang berkaitan dengan kursus.
25. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya menghadapi masalah mengakses bahan pembelajaran?
Sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa mengakses bahan pembelajaran, sila hubungi pensyarah kursus atau pentadbir iTEL UMS untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut di emel : admin_lms@ums.edu.my / WASAP???
Pembelajaran & Aktiviti
26. Bagaimana cara membaca nota seterusnya tanpa kembali ke halaman utama kursus?
Anda tidak perlu tekan butang Back pada browser web. Halaman nota/aktiviti, dan klik butang "Seterusnya" (Next) atau "Sebelumnya" (Previous) untuk beralih ke topik lain.
27. Kenapa kotak menaip nampak berbeza semasa menjawab forum?
Sistem kini menggunakan editor tek. Anda boleh menyeret dan melepaskan (drag-and-drop) gambar, merakam suara terus dari pelayar, dan memasukkan pautan dengan lebih pantas.
28. Bagaimana saya tahu saya telah melengkapkan sesuatu topik?
Setiap aktiviti atau nota akan mempunyai kemajuan atau checkbox. Ia akan bertukar menjadi Hijau secara automatik (atau apabila anda menandakannya) jika anda telah selesai membacanya/menjawabnya.
29. Bagaimana cara memulakan perbincangan atau
membalas mesej di dalam forum kursus
1. Untuk memulakan perbincangan, klik butang
add a new discussion topic dan post to forum
2, untuk membalas perbincangan, klik butang reply.
30. Bagaimana menyemak markah keseluruhan dan
prestasi pembelajaran?
Klik Grades yang terletak di nasvigasi utama kursus. Di situ anda akan melihat senarai semua kuiz, tugasan dan aktiviti yang dinilai.
Tugasan, Kuiz & Notifikasi
31. Bagaimana saya nak tahu jika ada Tugasan atau Kuiz baharu?
Semua tarikh akhir (due date) akan muncul di kalendar "Timeline" atau "Upcoming Events" di Papan Pemuka. Anda juga akan menerima makluman melalui ikon loceng (Notifikasi) di atas skrin.
32. Bagaimana cara menghantar (upload) fail Tugasan?
Buka pautan tugasan tersebut dan klik "Add submission". Seret fail dari komputer anda ke dalam petak Drag-and-Drop yang disediakan, kemudian klik "Save changes".
33. Apakah syarat wajib supaya fail tugasan berjaya dimuat naik tanpa ralat?
Anda wajib mematuhi 2 perkara pada halaman tugasan sebelum memuat naik:
34. Macam mana nak pastikan fail betul-betul berjaya dihantar kepada pensyarah?
Selepas klik simpan, pastikan status penyerahan bertukar menjadi warna hijau dengan teks "Submitted for grading". Jika status masih "Draft", pensyarah tidak akan menerimanya untuk digred.
35. Adakah saya akan dapat notifikasi sebelum masa kuiz ditutup?
Ya. Sistem akan menghantar peringatan (reminder) ke ikon loceng anda (dan emel pelajar, bergantung pada profil) apabila tarikh akhir kuiz semakin hampir.
36. Apa yang berlaku jika sambungan internet
terputus ketika menjawab kuiz?
Sila log masuk semula dan klik continue the last attempt. Jawapan anda disimpan dan kekal di situ.
37. Bolekah menukar fail atau meminda tigasan
selepas ia dihantar?
Boleh, selagi tarikh penghantaran belum tamat.
Klik butang edit submission untuk membuang fail lama dan memuat naik fail baharu.
38. Bagaimana cara unuk melihat komen dan markah
yang diberikan oleh pensyarah?
Klik pautan tugasan, scroll ke bahagian bawah untuk melihat feedback.
39. Di manakah saya boleh melihat notifikasi sistem?
Anda boleh melihat notifikasi dengan mengklik ikon loceng di penjuru atas sebelah kanan skrin anda.
40. Bagaimana saya boleh melihat semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah?
Anda boleh menekan "Dashboard" dan menyemak bahagian "Timeline" atau "Upcoming Events" untuk melihat tugasan yang akan datang. Selain itu, anda juga boleh menekan "My Courses", memilih kursus yang berkaitan, dan mencari aktiviti "Assignment" pada halaman kursus untuk melihat arahan, tarikh akhir, dan maklumat penghantaran.
41. Di manakah saya boleh melihat aktiviti yang perlu disiapkan?
Aktiviti yang perlu disiapkan boleh dilihat melalui "Dashboard" pada bahagian "Timeline" atau dengan membuka "My Courses" dan menyemak setiap aktiviti dalam kursus.
42. Bagaimana saya boleh mengetahui jika terdapat tugasan baharu?
Semak "Dashboard" pada bahagian "Timeline" atau buka "My Courses" dan lihat bahagian "Announcements" untuk mengetahui sama ada pensyarah telah memuat naik tugasan baharu.
43. Di manakah saya boleh melihat semua aktiviti kursus?
Tekan "My Courses", pilih kursus yang berkaitan, dan semua aktiviti seperti "Assignment", "Quiz", "Forum", "File", dan "URL" akan dipaparkan pada halaman kursus.
44. Bagaimana saya boleh melihat kuiz yang diberikan oleh pensyarah?
"My Courses", pilih kursus, kemudian cari aktiviti "Quiz". Anda juga boleh menyemak "Dashboard" jika kuiz tersebut mempunyai tarikh akhir.
45. Bagaimana saya boleh mengetahui aktiviti yang belum saya siapkan?
"Dashboard" pada bahagian "Timeline" atau buka "My Courses" dan lihat aktiviti yang belum ditandakan sebagai selesai.
46. Bagaimana saya boleh melihat bahan pembelajaran?
Buka "My Courses", pilih kursus, dan semak bahan seperti "File", "Folder", "Page", atau "URL" yang dimuat naik oleh pensyarah.
47. Bagaimana saya boleh memastikan saya tidak terlepas sebarang tugasan?
Sentiasa semak "Dashboard" pada bahagian "Timeline" dan "Calendar" untuk melihat tugasan yang akan datang. Selain itu, buka "My Courses" secara berkala untuk menyemak aktiviti baharu dan pengumuman daripada pensyarah.
48. Di manakah saya boleh melihat markah saya?
Buka "My Courses", pilih kursus yang berkaitan, kemudian tekan menu "Grades". Semua markah yang telah dikeluarkan oleh pensyarah akan dipaparkan bersama markah bagi setiap tugasan, kuiz, atau penilaian lain.
49. Bagaimana saya boleh melihat maklum balas daripada pensyarah?
Buka aktiviti "Assignment" dalam "My Courses". Jika pensyarah telah menyemak tugasan anda, maklum balas, komen, dan markah akan dipaparkan pada halaman tugasan tersebut.
50. Mengapa kursus saya tidak dipaparkan dalam "My Courses"?
Kursus mungkin belum didaftarkan ke akaun Moodle anda atau masih belum dibuka oleh pensyarah. Jika kursus masih tidak dipaparkan selepas tempoh pendaftaran, sila hubungi pensyarah atau pentadbir Moodle universiti anda.
51. Bagaimana saya boleh menyertai forum perbincangan?
Buka "My Courses", pilih kursus yang berkaitan, kemudian tekan aktiviti "Forum". Pilih topik perbincangan yang ingin disertai dan gunakan pilihan "Reply" untuk memberikan maklum balas
52. Mengapa saya tidak boleh membuka kuiz?
Kuiz mungkin belum dibuka oleh pensyarah, telah ditutup, atau hanya boleh diakses dalam tempoh masa tertentu. Semak maklumat pada aktiviti "Quiz" untuk melihat tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
53. Bagaimana jika fail tugasan video terlalu besar
untuk dimuat naik?
Memuat naik fail ke storan awan (Google Drive atau microsoft OneDrive). Kemudian salin pautan kongsi dan tampalkan di ruangan Online Text
54. Adakah saya boleh melihat jadual kriteria pemarkahan (Rubrik) sebelum saya mula membuat dan menghantar tugasan?
Ya,
Jika pensyarah membuka kebenaran pada fungsi "Allow users to preview rubric" telah pun ditandakan (tick) . Ini membolehkan pelajar melihat jadual markah tersebut sebaik membuka halaman tugasan.
Cara untuk melihat Rubrik Tugasan:
Log masuk ke dalam sistem iTEL dan masuk ke dalam kursus anda.
Klik pada pautan Tugasan (Assignment) tersebut.
Di halaman utama tugasan (tempat anda melihat butang Add submission), skrol ke bahagian bawah skrin.
Anda akan melihat satu jadual lengkap yang dipanggil Grading criteria (Kriteria pengredan).
Jadual ini akan memaparkan semua kriteria yang akan dinilai.
Forum, Mesej & Emel
55. Adakah saya akan dapat notifikasi jika ada yang membalas mesej Forum saya?
Ya. Jika anda membalas forum tersebut , anda akan menerima notifikasi sistem dan emel setiap kali ada perbincangan baharu.
56. Bagaimana cara untuk menghantar mesej terus (DM) kepada pensyarah?
Klik pada ikon Perbualan (Chat) di penjuru kanan atas skrin. Cari nama pensyarah anda melalui ruangan carian, dan taip mesej anda. Ia berfungsi seperti aplikasi chat biasa.
57. Bolehkah saya mematikan notifikasi emel supaya peti masuk tidak penuh?
Boleh. Klik ikon profil anda (kanan atas) > Preferences > Notification preferences. Anda boleh memilih notifikasi mana yang ingin dihantar ke emel atau hanya dipaparkan di web sahaja.
Kehadiran & Markah
58. Bagaimana cara untuk merekod Kehadiran (Attendance) kelas saya?
Jika pensyarah membenarkan anda menanda kehadiran sendiri, klik pautan "Attendance" dalam kursus. Klik "Submit attendance", pilih status yang betul (cth: Hadir), dan simpan sebelum waktu kelas tamat.
59. Di mana saya boleh semak markah (Grades) kuiz atau tugasan yang telah siap?
Anda boleh melihat markah dari blok "Recent Feedback" di Papan Pemuka. Untuk melihat markah penuh, buka kursus berkenaan dan klik pada tab menu "Grades" di bahagian atas ruang kursus.
Kebolehcapaian & Mobile
60. Adakah antaramuka baharu ini sesuai dibuka melalui telefon pintar?
Sangat sesuai. UI secara responsif. Paparan kad kursus dan menu akan tersusun secara automatik mengikut saiz skrin telefon bimbit anda.
61. Adakah saya perlu mengemas kini aplikasi Moodle Mobile?
Ya, untuk memastikan prestasi terbaik dan keserasian dengan antaramuka baharu, pastikan aplikasi Moodle Mobile di telefon anda dikemas kini ke versi terbaharu melalui App Store atau Play Store.
62. Bolehkah saya menukar saiz tulisan jika ia terlalu kecil?
Anda boleh menggunakan fungsi kebolehcapaian (Accessibility Widget) atau terus menggunakan fungsi 'Zoom' pada pelayar web. UI sistem tidak akan pecah walaupun skrin dibesarkan.
Akses Data Semester Lepas (Arkib
63. Bagaimana saya boleh mengakses kursus dan nota dari semester lepas (versi terdahulu)?
Anda masih boleh mengaksesnya melalui Papan Pemuka (Dashboard). Pada bahagian menu penapis (filter) Kad Kursus, tukarkan pilihan dari "In Progress" kepada "Past" (Lepas) atau "Archive" (Arkib). Semua nota lama telah dipindahkan dengan selamat.
64. Adakah tugasan lama dan markah saya dari versi sebelum ini masih ada?
Ya, semua data penyerahan tugasan dan gred anda kekal. Buka pautan pada sistem arkib dilink berikut : https://itel-archive.ums.edu.my/. kursus semester lepas anda, kemudian klik pada tab "Grades" atau pautan tugasan tersebut untuk memuat turun salinan fail yang pernah anda hantar.
65. Kenapa saya tidak boleh menghantar mesej forum atau muat naik tugasan dalam kursus semester lepas?
Kursus dari semester terdahulu telah ditukar statusnya kepada mod "Hanya Baca" (Read-Only) untuk tujuan arkib. Anda dibenarkan melihat dan memuat turun bahan, tetapi tidak boleh membuat penambahan baharu.
Masih tidak menemui jawapan atau mempunyai masalah teknikal?
Helpdesk Jabatan Digital UMS
📞 / 💬 No Tel / WhatsApp:
088329000 / 088329202
✉️ helpdesk@ums.edu.my