Kursus ini membincangkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan memberi penekanan kepada sejarah perkembangan, tokoh-tokoh utama, sumber, prinsip dan asas pemikirannya. Perbincangan turut merangkumi pendekatan ASWJ dalam memahami dan menangani pelbagai persoalan akidah berdasarkan sumber dan prinsip yang muktabar. Selain itu, kursus ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan ASWJ serta aliran dan fahaman yang bercanggah dengan prinsip ASWJ. Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman yang jelas dan menyeluruh kepada pelajar tentang manhaj ASWJ sebagai pegangan utama umat Islam, khususnya dalam konteks Malaysia.
Mod Kursus: PTG