
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pelbagai bentuk seni persembahan termasuk teater, tarian, muzik, dan seni persembahan kontemporari. Tumpuan diberikan kepada pengenalan sejarah ringkas, konsep asas, fungsi sosial, serta kepelbagaian budaya dalam seni persembahan. Pelajar juga akan didedahkan kepada kaedah asas analisis dan penghuraian, di samping mengembangkan kemahiranpelajar dalam membentangkan idea secara lisan dan bertulis. Kursus ini menjadi asas penting untuk pemahaman serta pengajian lanjutan dalam bidang seni persembahan.
- Teacher: ESTERLINA MOO CHIN LEN LAZARUS
Mod Kursus: PTS