
159 Courses
Kursus ini membincangkan pengertian dan ciri-ciri Islam. Penumpuan diberikan terhadap sumber-sumber Pengajian Islam, ruang lingkup Pengajian Islam yang meliputi akidah, akhlak dan syariah. Kursus ini turut membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan Pengajian Islam dan cabaran kontemporari yang dihadapi dalam bidang Pengajian Islam.
Kursus ini menghuraikan tentang hukum-hukum syariat Islam melalui aplikasi amalan dalam mendepani realiti masyarakat hari ini. Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan ibadah umum dan khusus seperti syahadah, solat, puasa, zakat, haji dan umrah. Di akhir kursus ini, pelajar diharap dapat memahami hukum-hukum Islam, mengaplikasikan serta berkebolehan menjawab persoalan hal ehwal semasa yang berbangkit dalam kalangan masyarakat berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Hadis serta pandangan para ulama salaf, khalaf dan Ijma serta Qias.