Global searching is not enabled.
Skip to main content

159 Courses

AT10502 (SEKSYEN 2) FIQH AL-IBADAT  [1-2025/2026]
Fakulti Pengajian Islam
Preview Course

Teacher: DG. HAFIZAH BINTI AG.BASIR Hajjah

AT10502 (SEKSYEN 2) FIQH AL-IBADAT [1-2025/2026]

Kursus ini menghuraikan tentang hukum-hukum syariat Islam melalui aplikasi amalan dalam mendepani realiti masyarakat hari ini. Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan ibadah umum dan khusus seperti syahadah, solat, puasa, zakat, haji dan umrah. Di akhir kursus ini, pelajar diharap dapat memahami hukum-hukum Islam, mengaplikasikan serta berkebolehan menjawab persoalan hal ehwal semasa yang berbangkit dalam kalangan masyarakat berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Hadis serta pandangan para ulama salaf, khalaf dan Ijma serta Qias.

AY20503 FIQH AL-HAJJ WA AL 'UMRAH [1-2025/2026]
Fakulti Pengajian Islam
Preview Course

Teacher: DG. HAFIZAH BINTI AG.BASIR Hajjah

AY20503 FIQH AL-HAJJ WA AL 'UMRAH [1-2025/2026]

Kursus ini membincangan falsafah perlaksanaan haji dan umrah, dalil, sejarah dan hikmah pensyariatannya. Selain memperincikan perbincangan hukum dalpeam rukun dan wajib bagi haji dan umrah, larangan ihram dan permasalahan dam juga diberi penekanan. Seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa, permasalahan hukum terkini dan permasalahan wanita turut dikupas berdasarkan pandangan-pandangan terkini merujuk kepada keputusan fatwa dan sumber-sumber yang berautoriti. Kursus ini turut memperkenalkan elemen pengurusan haji dan umrah secara profesional, termasuk logistik, perancangan perjalanan, pengurusan jemaah, dan pematuhan kepada piawaian industri.

AU20703 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM [1-2025/2026]
Fakulti Pengajian Islam
Preview Course

Teacher: MOHD NUR HIDAYAT HASBOLLAH BIN HAJIMIN Dr.

AU20703 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM [1-2025/2026]

Kursus ini membincangkan berkaitan konsep, teori dan elemen-elemen penting dalam pengurusan dan sistem pentadbiran Islam. Ia merangkumi dinamika pentadbiran dan ketatanegaraan siyasah Islamiah yang menjurus kepada realiti, aplikasi, dan cabaran perlaksanaannya khususnya dalam era moden ini. Beberapa kajian kes akan diketengahkan dalam pembelajaran agar pemahaman berkaitan dengan pentadbiran dan politik Islam lebih mudah dan dihayati.