Kursus ini membincangkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran meliputi perkara-perkara mengenai wahyu, penurunan al-Quran dan peringkat-peringkatnya, pengumpulan dan penyusunan surah-surah dalam al-Quran, kelebihan (‘ijaz) al-Quran, pemansukhan ayat atau hukum dalam al-Quran, dan sebab penurunan.
Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:
1. Mengetahui asas-asas utama dalam pengajian Ulum al-Quran
2. Mengenal pasti dan membezakan di antara ayat makki dan madani
3. Memahami dan menjelaskan ciri-ciri dan kelebihan al-Quran (‘ijaz) dan sebab penurunan