Kursus ini kesinambungan daripada kursus CA22403 Prosedur Produksi 2 (PP2). Jika PP2 mendedahkan pelajar mengenai proses penerbitan filem secara lebih menyeluruh, kursus ini pula menumpukan proses penerbitan yang meliputi penggunaan dan perubahan teknologi seperti proses pravisualisasi, sinematografi (kamera), proses penyuntingan video/filem dan audio, efek visual, pemprosesan filem dan teknologi penayangan (satelit dan 3D). Pelajar juga akan didedahkan dengan media baru seperti teknologi berasaskan web (web based technologies) sebagai platform untuk menayangkan hasil penerbitan. Melalui praktikal penghasilan filem digital secara individu, kursus ini diharap dapat mengukuhkan kemahiran pelajar dalam bidang pembikinan video atau filem.
OBJEKTIF
• Mendedahkan pelajar mengenai penggunaan dan perubahan teknologi dalam pembikinan video dan filem
• Pelajar dapat memahami teknologi yang digunakan dalam proses posproduksi video dan filem
• Mendedahkan pelajar dengan medium baru teknologi penayangan hasil penerbitan filem dan video
• Mengukuhkan lagi pemahaman pelajar mengenai proses penerbitan video dan filem