CA10403 Asas Seni Tari, merupakan sebuah kursus wajib bagi pelajar Program Seni Kreatif. Penumpuan kursus ini adalah untuk memahami pergerakan asas dalam anatomi manusia dalam konsep tari. Kefahaman terhadap konsep asas pergerakan tari akan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam melakukan pergerakan-pergerakan asas tari serta pengawalan angota tubuh yang lebih baik. Perkara ini penting sebagai asas bagi seorang pelajar seni persembahan.