
SINOSPIS:
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, antirasuah, bentuk
perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah
pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui
aktiviti individu dan kumpulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan
integriti, konsep rasuah, antirasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam
masyarakat dan organisasi.
PENILAIAN KURSUS:
1. Ujian Pertengahan Semester (30%)
2. Tugasan Pembentangan Kumpulan (20%)
3. Tugasan Video Pesanan Khidmat Masyarakat (30%)
4. Tugasan Esei Berkumpulan (20%)