Penulisan latihan ilmiah dapat menyediakan pelajar aspek praktikal dan teori dalam pengajian Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penyeliaan oleh pensyarah berupaya membimbing pelajar untuk memahami peristiwa dan mengembangkan kemampuan untuk mempersoalkan dan menjawab pelbagai isu dalam bidang Sosiologi dan Antropologi Sosial, termasuk keadah penyelidikan dan teori.
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep asas pengkajian geografi manusia. Pelajar akan mengkaji pengagihan aktiviti manusia pada skala global dan serantau serta menunjau punca dan kesan pengagihan tersebut. Membincangkan bagaimana unsur-unsur kemanusiaan membentuk perilaku sosio-budaya, ekonomi dan politik manusia dalam kerja membuat keputusan serta membentuk dan menentukan pandang darat manusia. Topik khusus yang akan diliputi termasuk penduduk, pertanian, aktiviti ekonomi, petempatan bandar dan luar bandar dan fenomena budaya. Perhatian khusus akan diberikan terhadap peranan yang dimainkan oleh globalisasi dalam mengubah corak aktiviti manusia dalam pelbagai skala. Pelajar juga mempelajari tentang kaedah yang digunakan oleh ahli geografi manusia dalam menggambarkan dunia untuk mendapatkan pemahaman asas tentang fenomena yang berlaku dipersekitaran fizikal dan manusia seterusnya menjelaskan bagaimana unsur-unsur kemanusiaan boleh dianalisis menggunakan kaedah geografi atau secara saintifik.