Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan satu antara subjek wajib yang baharu
diperkenalkan semenjak tahun 2019. Subjek ini wajib diikuti oleh semua pelajar pelajar pada
tahap Sarjana Muda universiti awam Malaysia dan juga universiti swasta yang berdaftar dan
tumpuan untuk buku rujukannya menjadi suatu bahan yang sangat dicari cari. Artikel ini melihat
dan mengkaji buku Penghayatan Etika dan Peradaban terbitan Penerbit Universiti Malaya 2023
dengan mengupas isi penting kandungan dalam bab di dalam buku ini beserta kepentingannya.
Tema dan pokok perbincangan setiap bab diangkat dengan penerangan, kesesuaian berserta
contoh yang berkesan. Saranan penambahbaikan diutarakan pada bahagian akhir ulasan ini.
Pembaca buku ini diharapkan mendapat peningkatan kefahaman asas berkaitan etika serta
bahagian bahagiannya serta hubungkait dengan peradaban.