TT30005 -LEE BIH NI PENYELARAS PRAKTIKUM I UH6145006 [2-2022/2023] SEKSYEN 2/Sejarah
Memberi pendedahan awal kepada bakal guru dengan suasana di sekolah. Mereka dikehendaki untuk mengenali dan menyediakan carta organisasi sekolah, bilik darjah dan persatuan untuk menghayati aktiviti pengurusan di sekolah. Pemahaman tentang pengurusan ditunjukkan dalam mengurustadbir satu aktiviti ko-kum. Seterusnya, bakal guru didedahkan dengan budaya PdPc di dalam bilik darjah. Mereka perlu memerhatikan guru mengajar dan melakukan pengajaran berpasangan sebelum mereka mengajar secara individu. Semasa mengajar secara individu, mereka dipantau oleh guru pembimbing dan pensyarah penyelia untuk membantu PdPc mereka. Semasa melakukan aktiviti PdPc guru pelatih dikehendaki untuk mengenalpasti isu-isu dalam PdPc.