
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang pengajian pemikiran
Islam klasik, moden, metodologi dan isu-isu pemikiran Islam dalam
pelbagai aspek. Perbincangan merangkumi isu semasa, sosio-budaya bangsa,
globalisasi dan kaitannya dengan perbahasan syariah dan akidah.
Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:
1. Mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan dengan pemikiran Islam klasik dan moden.
2. Menghuraikan metodologi dan corak pemikiran tokoh-tokoh pemikiran Islam.
3. Mensintesiskan masalah untuk membentuk proses berfikir dengan kritis dan kreatif yang berkaitan dengan pemikiran Islam