Kursus ini membincangkan secara ilmiah mengenai ketuhanan, qada' dan qadar, perbuatan hamba, keimanan kepada nabi, rasul serta kitab-kitab seperti dalam kepercayaan agama Islam. Selain itu, ianya turut membincangkan perkara-perkara ghaib (sam'iyyat) di samping menyentuh isu-isu akidah dalam kehidupan.
Kursus ini membincangkan mengenai perkembangan ilmu tafsir, kitab-kitab tafsir muktabar, ulama-ulama tafsir dan kaedah pentafsiran. Di samping itu, kursus ini turut mendedahkan kepelbagaian tafsir yang ada dalam dunia Islam ketika ini.
Kursus ini membincangkan tentang
pengenalan uṣūl al-fiqh dan sejarah perkembangannya, pembahagian hukum-hukum
syariah,hukum-hukum taklifi dan waḍ’ī, pembahasan mengenai dalil-dalil
yang disepakati iaitu Quran dan Sunnah dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya,ijmā’ dan qiyās. Ia juga membincangkan dalil-dalil yang tidak
disepakati dalam kalangan ulama, al-istiḥsān, al-maṣāliḥ al-mursalah,al-istiṣḥab,al-‘urf,pendapat
sahabat, sadd al-dharā’I dan amalan ahli madinah.
Kursus ini akan membincangkan konsep dan fasafah ibadah, pemasalahan ibadat secara umum dan khusus berdasarkan Al-Qur’an dan al-Sunnah melalui perbahasan secara khusus merujuk kepada pandangan ulama salaf dan khalaf iaitu dalam kalangan mazhab Shafie disamping mengambil kira pandangan mazhab yang lain yang dilihat bersesuaian. Menjelaskan permasalahan-permaslahan Ibadah seperti ibdah: solat, toharah, puasa, zakat dan haji serta aplikasinya dalam kehidupan.