Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan perundangan pekerjaan dalam konteks hubungan pekerjaan. Kepentingan undang-undang pekerjaan adalah untuk memastikan bahawa hak dan kepentingan pekerja sentiasa terpelihara. Sehubungan dengan itu, para pelajar akan didedahkan kepada Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak. Selain itu peruntukan asas berkaitan pekerjaan di sektor awam turut diberikan. Pendedahan ini akan memberi perspektif baru kepada pelajar-pelajar khususnya sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan. Selain itu, kursus ini akan menggabungjalinkan sistem pembelajaran secara SULAM.
Kursus ini mendedahkan para pelajar terhadap aspek perundangan yang mendasari sistem perhubungan perusahaan di Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk mencapai keharmoniaan dalam perhubungan perusahaan dengan menetapkan cara perhubungan yang teratur antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka. Selain itu, peruntukan turut diberikan untuk mencegah serta menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian berbangkit dari perhubungan mereka dan amnya untuk mengendali pertikaian perusahaan.