Kursus ini membincangkan tentang konsep falsafah serta perbezaan antara kerangka falsafah Islam dan Barat. Tujuannya adalah untuk memahami konsep kedua-dua falsafah tersebut dengan menjelaskan perbandingan antara keduanya dalam persoalan ketuhanan, insan, akal serta alam di samping mengupas isu-isu yang berkaitan.
Kursus ini membincangkan berkaitan konsep, teori dan elemen-elemen penting dalam sistem pentadbiran dan politik dalam Islam. Ia merangkumi dinamika pentadbiran dan ketatanegaraan siyasah Islamiah yang menjurus kepada realiti, aplikasi, dan cabaran perlaksanaannya khususnya dalam era moden ini. Beberapa kajian kes akan diketengahkan dalam pembelajaran agar pemahaman berkaitan dengan pentadbiran dan politik Islam lebih mudah dan dihayati.
Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:
Menjelaskan dasar-dasar penting pentadbiran dan kenegaraan (Siyasah) dalam Islam.
Menerangkan elemen-elemen dan persoalan-persoalan penting politik dan pentadbiran Islam dari aspek perlaksanaannya .
Menghurai aplikasi dan amalan politik dan pentadbiran Islam khususnya di era moden.