Kursus ini secara umumnya merupakan perbincangan mengenai dakwah,peringkat dan kepentingannya dalam kehidupan,ciri-ciri pendakwah dan metod dakwah para nabi terhadap golongan sasaran. Kursus ini juga mendedahkan pelajar mengenai aplikasi dan cabaran dakwah masa kini.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan proses penyelidikan saintifik secara bersendirian dengan bantuan yang sangat minima daripada penyelia akademik yang dilantik. Proses ini bertujuan untuk memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendarasan Islam dengan Kepujian.
Kursus ini memperkenalkan latar belakang mazhab Imam Syafie. Ia juga membekalkan maklumat berkenaan tokoh-tokoh, hasil penulisan dan kitab-kitab muktabar di dalam mazhab tersebut. Kursus ini turut menganalisa metod penetapan hukum iaitu cara dalam melakukan proses istinbat terhadap sesebuah hukum berdasarkan kaedah dan usul fiqh di dalam mazhab ini. Selain itu, ia juga hendaklah berasaskan sumber-sumber yang asal.
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang pengajian pemikiran Islam klasik, moden, metodologi dan isu-isu pemikiran Islam dalam pelbagai aspek. Perbincangan merangkumi isu semasa, sosio-budaya bangsa, globalisasi dan kaitannya dengan perbahasan syariah dan akidah.
Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat:
1. Mengenalpasti isu-isu semasa yang berkaitan dengan pemikiran Islam klasik dan moden.
2. Menghuraikan metodologi dan corak pemikiran tokoh-tokoh pemikiran Islam.
3. Mensintesiskan masalah untuk membentuk proses berfikir dengan kritis dan kreatif yang berkaitan dengan pemikiran Islam