Kursus ini bertujuan untuk mengkaji asal usul stratifikasi dan ketaksamaan sosial serta akibatnya. Ia memberi tumpuan terutamanya kepada ketaksamaan sosial yang wujud dalam struktur masyarakat dalam bentuk kelas sosial, dan hubungannya dengan bentuk ketaksamaan sosial yang lain berdasarkan perbezaan etnik, kewarganegaraan, jantina, generasi umur dan wilayah. Beberapa konsep penting dibincangkan yang berfungsi sebagai asas dalam pemahaman sosiologi stratifikasi dan ketaksamaan. Untuk mempraktikkan teori dalam bilik darjah dan membolehkan pelajar memperolehi pengalaman di "dunia sebenar", kursus ini akan menggunakan pedagogi Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) dalam pembelajaran. Pendekatan SULAM dalam kursus ini menggabungkan empat bentuk pendekatan pembelajaran lain termasuklah problem solving, collaborative learning, experiential learning, dan reflective learning. Akhir sekali, kursus ini mempunyai lima bentuk penilaian berterusan iaitu, peperiksaan pertengahan tahun, sumbang saran, projek SULAM, penilaian rakan sebaya dan jurnal refleksi.