Kursus ini menumpukan kepada proses menganalisis naskah. Pelajar akan didedahkan kepada teori-teori yang digunakan sebagai pendekatan dalam membuat analisis dan membaca pemikiran naskah. Pelajar juga akan didedahkan untuk membuat proses adaptasi daripada analisis yang telah dilakukan. Pelajar seterusnya turut ditumpukan kepada proses membuat kritikan menyeluruh kepada naskah dan mengangkat naskah ke pentas.
TT30005 -LEE BIH NI PENYELARAS PRAKTIKUM I UH6145006 [2-2022/2023] SEKSYEN 2/Sejarah
Memberi pendedahan awal kepada bakal guru dengan suasana di sekolah. Mereka dikehendaki untuk mengenali dan menyediakan carta organisasi sekolah, bilik darjah dan persatuan untuk menghayati aktiviti pengurusan di sekolah. Pemahaman tentang pengurusan ditunjukkan dalam mengurustadbir satu aktiviti ko-kum. Seterusnya, bakal guru didedahkan dengan budaya PdPc di dalam bilik darjah. Mereka perlu memerhatikan guru mengajar dan melakukan pengajaran berpasangan sebelum mereka mengajar secara individu. Semasa mengajar secara individu, mereka dipantau oleh guru pembimbing dan pensyarah penyelia untuk membantu PdPc mereka. Semasa melakukan aktiviti PdPc guru pelatih dikehendaki untuk mengenalpasti isu-isu dalam PdPc.