Kursus ini bertujuan untuk membincangkan hubungan etnik dari perspektif sosiologi. Menerusi kursus ini pelajar akan menyedari kepentingan memahami kepelbagaian etnik dalam kehidupan harian, dengan cara merungkai stereotaip negatif serta andaian tentang kumpulan manusia yang berbeza. Hal ini sekali gus membantu pelajar untuk menjalin dan mengukuhkan hubungan mereka dengan orang yang berbeza budaya. Kursus ini memberi tumpuan kepada (a) sifat perbezaan etnik; (b) multi etnik dan stratifikasi sebagai hasil daripada hubungan antara kumpulan; (c) status kumpulan etnik dalam ekonomi, dan isu mobiliti sosioekonomi yang berkaitan; (d) peranan kumpulan etnik dalam sistem politik. Bagi membolehkan pelajar menghayati kursus ini dengan lebih berkesan, pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning) diaplikasikan. Sehubungan dengan itu, kursus ini menggunakan pendekatan team-based learning, collaborative learning dan problem solving. Akhir sekali, penilaian dalam kursus ini adalah berbentuk penilaian berterusan yang merangkumi; (i) peperiksaan pertengahan tahun, (ii) projek sejarah keluarga (video sesi temubual), (iii) projek sejarah keluarga (sesi perbincangan dalam kumpulan), (iv) penilaian ahli kumpulan (peer evaluation) dan (iv) projek foto-video.