Global searching is not enabled.
Skip to main content

303 Courses

CA34702 TEATER TEKNIKAL [1-2023/2024]
Akademi Seni dan Teknologi Kreatif
Preview Course

Teacher: WEENA BINTI SAMANGGANG Cik

CA34702 TEATER TEKNIKAL [1-2023/2024]

Elemen artistik merupakan aspek yang penting dalam sesebuah pementasan, Dalam kursus para pelajar akan didedahkan aspek-aspek teknikal bagi mewujudkan artistik dalam pementasan menerusi teori dan praktikal.

Teacher: Sim Professor Madya Dr.

CA32902 ANALISIS PERBANDINGAN SENI [1-2023/2024]

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas perbandingan karya seni sastera, visual dan persembahan. Pelajar akan diajar prinsip asas dan juga cara untuk membezakan mutu atau kualiti sebuah karya seni melalui penilaian kritikal. Seorang pelajar yang telah melalui kursus ini bukan sahaja boleh membezakan kualiti sebuah karya tetapi berupaya untuk meneliti peralatan sastera dalam sebuah karya secara perbandingan.

Teacher: WEENA BINTI SAMANGGANG Cik

CA31703 TEKNOLOGI PENERBITAN TEATER DAN FILEM [1-2023/2024]

SINOPSIS

Kursus ini kesinambungan daripada kursus CA22403 Prosedur Produksi 2 (PP2). Jika PP2 mendedahkan pelajar mengenai proses penerbitan filem secara lebih menyeluruh, kursus ini pula menumpukan proses penerbitan yang meliputi penggunaan dan perubahan teknologi seperti proses pravisualisasi, sinematografi (kamera), proses penyuntingan video/filem dan audio, efek visual, pemprosesan filem dan teknologi penayangan (satelit dan 3D). Pelajar juga akan didedahkan dengan media baru seperti teknologi berasaskan web (web based technologies) sebagai platform untuk menayangkan hasil penerbitan. Melalui praktikal penghasilan filem digital secara individu, kursus ini diharap dapat mengukuhkan kemahiran pelajar dalam bidang pembikinan video atau filem.

OBJEKTIF


• Mendedahkan pelajar mengenai penggunaan dan perubahan teknologi dalam pembikinan video dan filem
• Pelajar dapat memahami teknologi yang digunakan dalam proses posproduksi video dan filem
• Mendedahkan pelajar dengan medium baru teknologi penayangan hasil penerbitan filem dan video
• Mengukuhkan lagi pemahaman pelajar mengenai proses penerbitan video dan filem